Friday, January 29, 2010

kayu

# Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 2.3 JENIS BAHAN DAN PENGIKAT
# Bahan Pengikat Kayu Papan Lapis MDF (Medium Density Fibreboard) Mounting Board Paku Skru Glu
# Kayu

* Bahan yang banyak digunakan dalam pembinaan perabot, rumah, bangunan.

* Saiz kayu ditentukan mengikut tebal, lebar dan panjang.

* Jenis kayu :

o Papan Tebal

o Papan Nipis

o Kayu Beroti

o Kayu Jerjak

# Saiz Kayu 20 mm – 38 mm 25 mm – 76 mm 3 m - 6 m Kayu Jerjak 38 mm – 100 mm 75 mm – 150 mm 3 m - 4 m Kayu Beroti 10 mm - 38 mm 76 mm dan lebih 3 m - 6 m Papan Nipis 38 mm - 100 mm 150 mm dan lebih 3 m - 6 m Papan Tebal Tebal Lebar Panjang Jenis Kayu
# Kelebihan dan Kelemahan Kayu

* Kelebihan

* Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan jenis.

* Sesuai untuk semua jenis pembinaan.

* Urat dan ira kayu yang menarik.

* Sesuai untuk bahan kemasan seperti syelek, lekar dan tona kayu.

* Kelemahan

* Pengecutan kayu kerana kandungan air di dalamnya.

* Mudah diserang perosak jika tidak diawet.

* Kayu tebal tidak boleh dilengkungkan.

* Urat kayu tidak sekata dan sukarkan proses mengetam dan kemasan.

# Papan Lapis

* Terdiri daripada beberapa lapisan kayu nipis (vernier) yang diglukan antara satu sama lain.

* Digunakan untuk membuat pintu, perabot, kotak, dinding bilik.

* Saiznya 1220 mm x 2440 mm.

* Ketebalan 3 mm hingga 32 mm.

* Didapati dalam 2 jenis :

o Kalis air

o Tidak kalis air

# Kelebihan dan Kelemahan Papan Lapis

* Kelebihan

* Ringan, kuat dan mudah dikerjakan.

* Permukaan yang lebar dan rata.

* Tidak mudah meleding, mengecut atau retak.

* Permukaan yang cantik.

* Tidak pecah apabila dipaku pada hujungnya.

* Kelemahan

* Tidak sesuai digunakan di luar rumah.

* Glu pada papan lekang jika kena air.

* Tidak mencengkam jika dipaku pada bahagian sisi.

# MDF ( Medium Density Fibreboard )

* Papan gentian (komposit) yang dikeringkan dan dimampatkan bersama glu urea.

* Permukaannya licin dan punyai sifat fizikal yang baik.

* Sesuai untuk perabot dan pembinaan am.

* Saiznya 2440 mm x 1220 mm dalam pelbagai ketebalan.

* Contoh produk; set bilik tidur, meja makan, almari baju.

# Kelebihan dan Kelemahan MDF

* Kelebihan

* Kekuatan yang sekata.

* Lebih kalis api dari papan.

* Kestabilan dimensi; tidak mudah bengkok, meleding, terbelah apabila dipaku atau diskru.

* Lebih keras dan berat daripada papan tebal.

* Mudah dibentuk.

* Kelemahan

* Tidak sesuai digunakan di luar rumah.

* Tidak mencengkam paku.

* Mudah rosak jika terkena air atau panas matahari.

* Tidak boleh dilengkungkan.

# Mounting Board

* Kertas keras atau kadbod yang mempunyai ketebalan 2 mm.

* Digunakan untuk membina model dalam reka cipta.

* Dipotong menggunakan pisau atau gunting.

* MB dicantum dengan menggunakan glu yang sesuai.

* Saiznya 610 mm x 1220 mm atau 610 mm x 910 mm.

# Kelebihan dan Kelemahan Mounting Board

* Kelebihan

* Mempunyai pelbagai warna menarik.

* Dapat dilengkungkan mengikut kehendak reka bentuk.

* Mudah dikerjakan dan dibentuk.

* Kelemahan

* Tidak tahan kelembapan dan haba.

* Tidak boleh dipaku atau diskru.

* Tidak ada daya kekuatan yang tinggi.

# Kecacatan Kayu
# Pengikat Paku Skru Glu
#

* Digunakan untuk mencantumkan kayu atau kepingan logam pada kayu.

* Diperbuat daripada keluli lembut yang disadurkan zink.

* Paku khas diperbuat daripada tembaga, loyang dan aluminium.

* Saiz ditentukan oleh panjang batangnya.

* 2 jenis:

+ Paku Kepala Rata

+ Paku Kepala Panel

Paku
# Paku

* Paku Kepala Rata

* Paku Kepala Panel

# Cara memaku dengan betul

* Memaku tegak, cengkaman kurang kuat.

* Memaku serong, cengkamannya lebih kuat.

#

* Digunakan untuk mengikat bahan kayu dan logam serta memasang engsel.

* Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum dan loyang.

* Jenis ditentukan oleh bentuk kepalanya.

* Cengkamannya lebih kuat berbanding paku.

Skru
#

* 3 jenis skru:

o Skru kepala bulat

o Skru kepala timbul

o Skru kepala rata (kepala benam)

Skru a b c
# Skru
#
# Pemutar Skru
#

* Bahan pengikat untuk melekatkan dua bahan supaya kukuh.

* Dua jenis :

o Glu PVA

o Glu Sentuh

* Glu PVA untuk melekatkan kepingan kayu.

* Glu Sentuh untuk melekatkan bahan berlainan jenis seperti plastik dengan kayu atau logam.

Glu
# Glu
# Refleksi BAHAN & PENGIKAT BAHAN PENGIKAT

* PAKU

o Paku kepala rata

o Paku kepala panel

* SKRU

o Skru kepala bulat

o Skru kepala timbul

o Skru kepala benam

* GLU

o Glu PVA

o Glu sentuh

* KAYU

o Papan tebal

o Papan nipis

o Kayu beroti

o Kayu jerjak

* PAPAN LAPIS

o Kalis air

o Tidak kalis air

* MDF

* MOUNTING BOARD

No comments:

Post a Comment