Wednesday, January 27, 2010

PENGENALAN REKA CIPTA

1.1 LATARBELAKANG REKA CIPTA

PENGENALAN REKA CIPTA

Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.

1.1 Definisi
Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses reka cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.


Rajah 1.1 Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburu
bentuk yang selesa dipegang atau dibaling

Bacaan seterusnya klik sini
1.2 PRINSIP REKA CIPTA

1.3 CIRI-CIRI MEREKA CIPTA

No comments:

Post a Comment